Monday, November 26, 2012

Jodoh :')

Halim ni merupakan seorang insan yang sangat romantik , baik hati , peramah , cepat bergaul dengan orang dan becok . Halim telah mendirikan masjid selama lebih kurang 9 ke 10 tahun . pada awalnya Halim dan Fatin sangat bahagia , hidup aman damai dan sentosa . Alhamdulillah , mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata . kedua duanya merupakan anak gadis yang sangat comel . kehidupan mereka menjadi lebih bahagia apabila lahirnya 2 org cahaya mata tersebut . tetapi apa kan daya , perasaan Fatin kepada Halim mula berubah dari semasa ke semasa . Fatin sudah mula berubah menjadi seorang isteri yang derhaka dan curang . Dek kerana sayang kepada anak anak , dan memikirkan masa depan anak anak , Halim cuba mempertahankan perkahwinan mereka walaupan hatinya disakiti . Halim melihat tindakan isterinya yang curang dengan kedua dua matanya sendiri . Hati Halim pecah bak kaca berderai . Halim masih lagi tetap dengan pendiriannya untuk memepertahankan rumah tangga mereka . Sampai la satu masa , Halim tidak mampu bertahankan . Hatinya sudah penat menangis dek kerana kelakuan isterinya sendiri , lalu Halim melafaskan talak cerai kepada isterinya . maka kedua dua mereka berpisah . Fatin tetap berkeras untuk mengambil hak jagaan anak anaknya . Halim memahami hati seorang ibu yang tidak mampu berpisah dengan anaknya . Lalu Halim membiarkan Hana dan Umaira tinggal bersama ibunya . Hati Halim mula merasa sunyi dan sepi .


Selang beberapa tahun , Halim ketemu semula dengan cinta hatinya sewaktu zaman sekolah dulu . Wajah , cara jalan , cara bercakap dan perangai Nita masih lagi tidak berubah . dan kerana itulah hati Halim mula bergoyah dan perasaan sayang berputik dengan tak semena . Dahulunya , Nita dan Halim merupakn abg dan adik angkat . walaupan mereka sebaya , tetapi dek kerana sifat sayang dan bertanggungjawab Halim terhadap Nita telah membuatkan hubungan adik dan abang angkat terjalin . Nita seorang gadis yang pandai , cantik dan lemah lembut . Nita tidak seperti gadis yang lain dimana hidup bahagia bersama keluarga . Nasib Nita sedikit malang kerana dia sudah ditinggalkan oleh emaknya ketika dia berusia 4 tahun . ayahnya entah kemana . Nita tinggal bersama neneknya . Halim sebagai jiran menaruh simpati terhadap nasib yang menimpa Nita . Justerus Halim telah bertekat untuk menjaga Nita sehingga akhir hayatnya . Halim merupakan ketua pengawas di sekolahnya dan mempunyai pengaruh besar . Tiada sesiapa yang berani mengacau atau menyetuh Nita kerana Halim merupakan abg yang sangat prihatin terhadap adiknya . Walaupun Nita menggap Halim sebagai abang , tetapi tidak bagi Halim . Perasaan sayang dan cinta mula timbul pada diri Halim terhadap Nita . Malang sekali , Nita sedikit pun tidak sedar bahawa dia sedang dicintai oleh lelaki yang di anggap ABANG .



sewaktu di politeknik , Nita berjumpa dengan kekasih hati yang bernama Firdaus . mereka sering berhubung dan telah menaik taraf hubungan mereka sebagai sepasang "couple" . Sejurus selepas Halim mengetahui tentang perkara tersebut , Halim cuba sedaya upaya untuk melupakan perasaan cintanya terhadap Nita . Lalu , Halim mengambil keputusan untuk mengahwini seorang gadis bernama Fatin yang telah dia kenal 4 bulan yang lalu . Halim memberitahu kepada Nita bahawa dia akan menjadikan Fatin sebagai isteri . lalu Nita berkata *Halim baru kenal dia 4 bulan , halim terus nk kawin ?* . Fikiran Halim kusut . Halim menjawab dengan nada cemburu , * walaupun Halim baru kenal Fatin 4 bulan , tapi Halim lagi kenal siapa Fatin berbanding Nita* dan mungkin kerana itu , perkahwinan Halim dan Fatin tidak kekal .  *walaupun kita dah lama berkhwin , tapi Halim masih lagi tak kenal siapa Fatin* . ini merupakan ayat yang keluar dari mulut Halim sewaktu kekecohan berlaku . Dan , Halim merasa sangat malu dan kecewa dengan diri sendiri . Halim merasa bahawa dia telah menjilat ludahnya sendiri .


Tibalah masa dimana Nita telah berjumpa dengan jodohnya . Nita melansungkan perkahwinan di rumahnya dan dihadiri oleh Halim . Hati Halim meraung ketika melihat Nita berpimpin tangan bersama suaminya iaitu Firdaus .Halim segera meninggalkan majlis kerana tidak sanggup menahan kesakitan di hati .


Malang sekali , perkahwinan Nita dan Firdaus tidak kekal dek kerana sikap Firdaus yang ego .Setelah mereka bercerai , hati Nita kembali kosong . akhirnya , dia ketemu semula dengan Halim . disebabkan Halim dan Nita telah meninggalkan alam perkahwinan , akhirnya , jodoh menyebelahi mereka . Mereka selamat dijabkabulkan di Masjid besar Kuala Lumpur .


kini , Halim dan Nita hidup dengan aman dan bahagia . ini la mainan jodoh . walau apa pun yang terjadi , jika betul jdoh kita dengan dia , kita tetap akan bersamanya . cuma lambat atau cepat sahaja .



sekiann ....




penat dah aku taip haaa . adekah ini kisah benar ? biarlah aku sorung je yang tahu . okey , tunggang langgang ceritanya . biaselah . aku bukannya penulis novel pun .

No comments:

Post a Comment