Monday, November 26, 2012

motif ?

apa motif aku update pasal "jodoh" tu ? haha . serious takda kerja . tetiba je cerita tu terbayang dalam otak . tu yang terus taip .


tengok muka tu . bila dapat idea cerita pasal "jodoh" tu , aku terus senyum kambeng mcm tu . ahaii :')


baju pinjam ^^

angah :*


okey , gamba ni diatas time dekat kenduri semalam , yakni ahad yg bertempat di hotel Kuala Lumpur . fhewww , sesak nafas aku dengan jemnyaa .


kilat yang berdentam dentum buat jatung aku bagai nk gugur . takpa , apa apa pun , kilat tetap di hati :*












Jodoh :')

Halim ni merupakan seorang insan yang sangat romantik , baik hati , peramah , cepat bergaul dengan orang dan becok . Halim telah mendirikan masjid selama lebih kurang 9 ke 10 tahun . pada awalnya Halim dan Fatin sangat bahagia , hidup aman damai dan sentosa . Alhamdulillah , mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata . kedua duanya merupakan anak gadis yang sangat comel . kehidupan mereka menjadi lebih bahagia apabila lahirnya 2 org cahaya mata tersebut . tetapi apa kan daya , perasaan Fatin kepada Halim mula berubah dari semasa ke semasa . Fatin sudah mula berubah menjadi seorang isteri yang derhaka dan curang . Dek kerana sayang kepada anak anak , dan memikirkan masa depan anak anak , Halim cuba mempertahankan perkahwinan mereka walaupan hatinya disakiti . Halim melihat tindakan isterinya yang curang dengan kedua dua matanya sendiri . Hati Halim pecah bak kaca berderai . Halim masih lagi tetap dengan pendiriannya untuk memepertahankan rumah tangga mereka . Sampai la satu masa , Halim tidak mampu bertahankan . Hatinya sudah penat menangis dek kerana kelakuan isterinya sendiri , lalu Halim melafaskan talak cerai kepada isterinya . maka kedua dua mereka berpisah . Fatin tetap berkeras untuk mengambil hak jagaan anak anaknya . Halim memahami hati seorang ibu yang tidak mampu berpisah dengan anaknya . Lalu Halim membiarkan Hana dan Umaira tinggal bersama ibunya . Hati Halim mula merasa sunyi dan sepi .


Selang beberapa tahun , Halim ketemu semula dengan cinta hatinya sewaktu zaman sekolah dulu . Wajah , cara jalan , cara bercakap dan perangai Nita masih lagi tidak berubah . dan kerana itulah hati Halim mula bergoyah dan perasaan sayang berputik dengan tak semena . Dahulunya , Nita dan Halim merupakn abg dan adik angkat . walaupan mereka sebaya , tetapi dek kerana sifat sayang dan bertanggungjawab Halim terhadap Nita telah membuatkan hubungan adik dan abang angkat terjalin . Nita seorang gadis yang pandai , cantik dan lemah lembut . Nita tidak seperti gadis yang lain dimana hidup bahagia bersama keluarga . Nasib Nita sedikit malang kerana dia sudah ditinggalkan oleh emaknya ketika dia berusia 4 tahun . ayahnya entah kemana . Nita tinggal bersama neneknya . Halim sebagai jiran menaruh simpati terhadap nasib yang menimpa Nita . Justerus Halim telah bertekat untuk menjaga Nita sehingga akhir hayatnya . Halim merupakan ketua pengawas di sekolahnya dan mempunyai pengaruh besar . Tiada sesiapa yang berani mengacau atau menyetuh Nita kerana Halim merupakan abg yang sangat prihatin terhadap adiknya . Walaupun Nita menggap Halim sebagai abang , tetapi tidak bagi Halim . Perasaan sayang dan cinta mula timbul pada diri Halim terhadap Nita . Malang sekali , Nita sedikit pun tidak sedar bahawa dia sedang dicintai oleh lelaki yang di anggap ABANG .



sewaktu di politeknik , Nita berjumpa dengan kekasih hati yang bernama Firdaus . mereka sering berhubung dan telah menaik taraf hubungan mereka sebagai sepasang "couple" . Sejurus selepas Halim mengetahui tentang perkara tersebut , Halim cuba sedaya upaya untuk melupakan perasaan cintanya terhadap Nita . Lalu , Halim mengambil keputusan untuk mengahwini seorang gadis bernama Fatin yang telah dia kenal 4 bulan yang lalu . Halim memberitahu kepada Nita bahawa dia akan menjadikan Fatin sebagai isteri . lalu Nita berkata *Halim baru kenal dia 4 bulan , halim terus nk kawin ?* . Fikiran Halim kusut . Halim menjawab dengan nada cemburu , * walaupun Halim baru kenal Fatin 4 bulan , tapi Halim lagi kenal siapa Fatin berbanding Nita* dan mungkin kerana itu , perkahwinan Halim dan Fatin tidak kekal .  *walaupun kita dah lama berkhwin , tapi Halim masih lagi tak kenal siapa Fatin* . ini merupakan ayat yang keluar dari mulut Halim sewaktu kekecohan berlaku . Dan , Halim merasa sangat malu dan kecewa dengan diri sendiri . Halim merasa bahawa dia telah menjilat ludahnya sendiri .


Tibalah masa dimana Nita telah berjumpa dengan jodohnya . Nita melansungkan perkahwinan di rumahnya dan dihadiri oleh Halim . Hati Halim meraung ketika melihat Nita berpimpin tangan bersama suaminya iaitu Firdaus .Halim segera meninggalkan majlis kerana tidak sanggup menahan kesakitan di hati .


Malang sekali , perkahwinan Nita dan Firdaus tidak kekal dek kerana sikap Firdaus yang ego .Setelah mereka bercerai , hati Nita kembali kosong . akhirnya , dia ketemu semula dengan Halim . disebabkan Halim dan Nita telah meninggalkan alam perkahwinan , akhirnya , jodoh menyebelahi mereka . Mereka selamat dijabkabulkan di Masjid besar Kuala Lumpur .


kini , Halim dan Nita hidup dengan aman dan bahagia . ini la mainan jodoh . walau apa pun yang terjadi , jika betul jdoh kita dengan dia , kita tetap akan bersamanya . cuma lambat atau cepat sahaja .



sekiann ....




penat dah aku taip haaa . adekah ini kisah benar ? biarlah aku sorung je yang tahu . okey , tunggang langgang ceritanya . biaselah . aku bukannya penulis novel pun .

Saturday, November 24, 2012

saya tahu saya masih sekolah , jadi ?

menjijikkan ? serious . rasa macam nk muntah hijau aku ni ha . yg si lembut tu kemain lagi . hensem betul muka kau . tak kesah la 24 juta RM ke , 24 juta US dollar ke , tapi itu duit jugak kan ? 24 juta tu boleh keluar dengan hingus ? tak kan ? yang si perempuan tu pulak *eee , mana boleh kita tengok video tu , haram tau tak* dah tu tunjuk rambut yang bertebangan dan melambai lambai tu halal ke ?

nak tau apa benda ? click sini :')


maseng maseng bercakap macam takda agama . nak tengok yg lagi legend ?click sini pulak . hmm , siapalah yang still sokong biru tu ?bukan nk ckp apa la kan , dekat internet jea dah macam macam tunjuk . so aku rasa yang sokong biru tu merupakan org yg takda internet . hanya hidup dengan tv dan surat khabar . otak tak berkembang . dah kalau rancang tv tu "dia" yg punya , mestilah semua benda dia akan ckp yg biru itu baik dan bla bla bla . hakikatnya ? tengok video tu , brapa ramai yg like , and brapa ramai yg dislikes ?

pasal bersih 3.0 . org yg otak tak berkembang je akan fikir itu ini . dalam berita dia kata kedai semua kene tutup sebab bersih . tapi hakikatnya ? kawan akk aku semdiri pergi join bersih tu . dia kata mana ada kedai tutup . lagi la org nk bukak sbb time tu laa laku . yg dlm tv tu sebab konco2 biru tu yg suruh tutup . nampak tak putar belit tu ?


orang akan cakap aku menggelabah sebab update pasal benda benda ni . tapi , aku jugak rakyat malaysia . aku ada hak untuk tahu mana yg betul dan mana yg salah sebab satu hari nanti aku akan menggundi jugak kan ?


Friday, November 23, 2012

ini tentang kasih sayang -_-


bintang dan ? ahh , aku anggapkan benda ni kilat . yaaa , kilat . Bintang & Kilat . :-)





Kilat ini saya punya . ahai , apekah ? haha



sebenarnya kann . aku tengah dalam keadaan yang tak tentu arah dek kerana kerinduan yang mengunung terhadap kawan kawan sekalian . ahaii .
gamba ni pelik ? tapi perangai dyeorg lagi pelik . haha . ni la kawan yang paling rapat dekat sekolah . kami satu sekolah , satu kelas , satu unit unifom . permainan je lain . sbb aku bola jaring . dyeorg badminton . and yaa , kami sehati sejiwa bukan ?gamba ni gamba masa tengah buat kerja akaun . stress okey buat urus niaga tu . so mari la berwebcame . ini la kawan bergosip kalau cikgu takda dalam kelas . dan ini la jugak kawan meniru time exam . hahaha . kantoi kantoi .


dalam banyak banyak gamba , gamba ni la yang paling aku suka . yaALLAH , rindunya sobsss :'(



bukan tu jea , aku rindu jugak kawan kawan lotus 3 perdana 1 , 2012 . yaaa , much love . jujur , even tak sampai setahun aku dlm kelas tu . tapii aku sayang gilaa dekat semua . rindu betul kenangan dalam kelas . aku dalam kelas tu banyak main . tu yg result PMR mcm hapa entah . kenangan tikus mondok , celebrate birthday afiq . act , tak la clebrate besar besaran . biasa biasa je pun . tapi itu la kenangan

ini merupakan coretan lambang kasih sayang . hahaha , menggelikan pulak ayat aku . jujur , aku sayang gila kelas tu . ahai , rindunya . sobsss *sedut hingus :'(


--> ainie
--> farra
--> azaifie
--> afiq
--> tasya
--> mimie
--> qifah
--> zatul
--> eyman
--> haikal
--> syafiq



and..............


i miss my gilfriend and i miss my love . diaa . tu haa dia yang berkaca mata tu . jujur , rindu gilaa . aku mintak maaf ye makcik if ada tersisihkan kau ke apa :*

btw farra , same goes tu you . i miss you too . sory kalau ada salah apa apa dekat kau ke apa :')