Tuesday, December 3, 2013

layan jiwa di malam hari ~

walau noktah telah kau beri ,
tapi aku masih mencari dimana noktah itu harus kusemadi.
kerana aku masih seperti yang dahulu
yang akur pada janji
yang menghitung janji ditepati .
Moga kau bahagia,
melihat aku sengsara ,
besertakan airmata

kerana ego , kau mendiamkan diri.
kerana ego kau lupakan janji,
kerana ego kau biarkan semuanya terjadi.
sucinya aku tika kau mahu memilikiku
kotornya aku tika kau mahu meninggalkanku

Dulu ,
yg pahit umpama manis,
yg busuk umpama wangi
yg buruk umpama cantik

kini,
yg manis umpama pahit
yg wangi umpama busuk
yg cantik umpama buruk

Perubahan secara impak telah kau tampakkan .
kerana keegoan menguasai diri,
sebelah sayapku patah,
sebelah jiwaku musnah


Aku belajar mengenal dewasa
tika aku
mengambil langkahku,
tika aku
bersama mereka yang menceriakanku


Aku ,
tidak setabah sumaiyyah
tidak sehebat saidatina khadijah

Tetapi kerana engkau ,
aku belajar untuk menjadi tabah setabah sumaiyyah
aku diajar untuk menjadi hebat sehebat saidatina khadijah dalam menangani masalah



Tiada apa yang mampu merubah.
kerana,
ketentuan Ilahi
adalah benda yang pasti

Aku harap agar
tiada dendam
tiada hutang

Aku juga berharap agar doamu mengiringi langkahku


Usah kau gusar dan ragu,
kerana di lubuk hati kecil ini ,
aku tidak menyimpan dendam
aku sudah memaafkan
aku sudah menghalalkan

Aku akur dan bersyukur

TERKEDU

muka aku mcm apetah bila baca wall si mugilan ni . moga diberi hidayah ;)
ha kauu , budak bukan islam ckp mcm ni . haa , yg islam dok sedih medih dengan kematian paul walker tu sila la terasa yaa .