Thursday, December 5, 2013

oh hati ~

Aku berdiri
walau kakiku tidak berdaya lagi
Aku berdiri
kerana langkahku mati
kerana takdirku hidupku begini

Aku masih begini
Kerana kesal dgn apa yg sudah terjadi
Aku masih begini
Kerana aku mahu ianya berlaku dlm mimpi
Dan bukan realiti



Mungkin apa yg berlaku ada hikmah .
Aku bukan hakim dimahkamah
Yang mampu mengadili semuanya

Aku manusia biasa yang sedang diuji
Aku manusia biasa yang sedang dirobek hati
Aku manusia biasa yang menunggu janji


Hari demi hari,
Aku berjalan meninggalkan kesan.
Kerana percayakan takdir ALLAH,
Aku teruskan perjuangan


Kerana terlalu berharap,
Akhirnya aku yang gagap.
Aku menanti,
Sesuatu yang tidak pasti

Maaf dipinta,
Aku perlukan masa
Agar aku dapat melupakan semua
Aagar aku dapat melenyapkan semua


Walau payah , ku teruskan jua